Tuesday, November 17, 2009

MAKLUMAN PENTING BUAT PESERTA WEHDAH09~



Salam Ukhuwwah~ :inlove:

A) Peralatan yang perlu di bawa

Berikut merupakan senarai barang-barang yang perlu dibawa oleh semua peserta wehdah09:

1. Pakaian Rasmi (untuk Majlis Perasmian Penutup)

2. Pakaian sepajang program-

Muslimin: KEMEJA/ T-SHIRT berkolar
Muslimat: Pakaian Sopan dan Menutup AURAT selengkapnya.

3. Cadar Tilam

4. Kelengkapan Solat

5. Kelengkapan untuk persiapan diri

6. Lain-lain yang dirasakan perlu

7. Kasut Bertutup,

8. Selipar (kegunaan tandas)

9. Komputer riba (wakil IPT)


B) Jadual Perjalanan Shutle Bas (dari KTM ke Kolej Kediaman)

Bagi peserta yang datang sendiri menggunakan perkhidmatan awam, kami menyediakan perkhidmatan Bas dari KTM NILAI ke kolej kediaman.

Justeru, sila pastikan anda berada di perhentian Bas Nilai pada waktu2 yang telah ditetapkan berikut bagi melicinkan perjalanan program. Bas akan mengambil peserta mengikut jadual perjalanan berikut.

(Sebarang masalah boleh dirujuk terus kepada PIC USIM yang berikut)

TARIKH: 22hb NOVEMBER 2009 (AHAD)

MASA PIC USIM NO TEL

2.00 petang - SOFIAH & FAEZAH (0175313306)
3.00 petang - ASMAH & HAZIRAH (0134345842)
4.00 petang - SOFIAH & FAEZAH (0175313306)
5.00 petang - ASMAH & HAZIRAH (0134345842)
6.00 petang - SOFIAH & FAEZAH (0175313306)

p/s: Berikut merupakan jadual perjalanan bas dari Stesen Komuter Nilai ke Kolej Kediaman Acacia Avenue (Muslimat) dan Kolej Kediaman Sutera Indah (Muslimin).

Bagi peserta yang sampai selepas pada jam 6 petang, sila laporkan kepada urusetia berkenaan:

HIDAYAH - 0136444768
AFDZAL - 0132127796



C) MAKLUMAN BAGI PESERTA YANG MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI:

Sila daftarkan nombor plat kenderaan yang anda gunakan kepada urusetia berikut sebelum 22 hb November 2009.

ZULHILMI - 0136444764


D) MAKLUMAN BAGI PESERTA YANG HADIR MEWAKILI UNIVERSITI:

Sila serahkan no. plat dan nama driver bas kepada urusetia berikut bagi memudahkan urusan:

SYAHIRAH - 0195232796
AMIRA - 0133346542

p/s: BAS UNIVERSITI diperlukan sepanjang program sebagai bantuan logistik.
Taklimat bagi semua pemandu bas UNIVERSITI/KOLEJ akan diadakan pada 22hb November 2009 pada jam 8.30 malam di Dewan Kuliah Pusat 2, USIM.

E) PENDAFTARAN

Pendaftaran peserta akan berlangsung pada 22hb November 2009 dari jam 12.00 tgh sehingga 6.30 petang.

Taklimat program akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 & 4 pada jam 8.30 malam.


E) Berikut merupakan peta lokasi UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(klik untuk lebih jelas)




PETA LOKASI

TEMPAT PENDAFTARAN (22hb NOVEMBER 2009) di:

MUSLIMIN: KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH
(BERHAMPIRAN PASARAYA GIANT)
MUSLIMAT: KOLEJ KEDIAMAN ACACIA AVENUE
(BERSEBELAHAN STADIUM TERTUTUP NILAI)

p/s: Bagi yang menaiki BAS UNIVERSITI, anda dinasihatkan untuk berkumpul di KOLEJ KEDIAMAN ACACIA AVENUE terlebih dahulu sebelum bergerak ke KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH bagi menghantar peserta MUSLIMIN... Harap Maklum..


G) KHAS BUAT PESERTA yang mendaftarkan diri pada 23hb November...
Baca baik-baik ye...

1. Pastikan anda telah memaklumkan penyertaan anda dengan memberi maklumat (NAMA/IC/NO.PHONE/IPT/NO.PLAT(Jika menaiki kenderaan sendiri) kepada urusetia USIM dan maklumkan kelewatan anda untuk mendaftarkan diri sebelum 21hb NOVEMBER 2009.

2.
Kaunter Pendaftaran akan dibuka di DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4. Justeru, anda diminta untuk terus ke kampus Universiti Sains Islam Malaysia dan berkumpul di Dewan Kuliah Pusat tersebut.

3. Sekiranya anda menaiki kenderaan Awam (BAS @ KOMUTER),
kami ada menyediakan sebuah bas pada waktu berikut (8.00 pagi-2.00 petang):

8.00pagi,
10.00pagi,
12.00pagi,
2.00petang,

dari KTM NILAI/PERHENTIAN BAS NILAI ke USIM.

sila pastikan anda menghubungi urusetia kami apabila telah sampai di KTM NILAI/ PERHENTIAN BAS NILAI.

urusetia USIM:
AKAN DIMAKLUMKAN KELAK


sekiranya anda tiba waktu selepas dari waktu tersebut, sila hubungi kami agar kami dapat mengambil anda dengan sebuah van runner (sekiranya bilangan lebih dari 4 orang). Ataupun, anda boleh mengambil teksi di perhentian teksi (depan kedai 7-eleven) untuk ke USIM.

nota kaki: perhentian bas nilai dan KTM nilai terletak di kawasan yang sama..
BAYARAN TEKSI ke USIM dalam lingkungan RM 15-RM20


Sebarang masalah boleh ditanyakan kepada,:wave:

HUDA SAKINAH - 0137189725
AMIRA - 0133346542

Thursday, November 12, 2009

Bangkit2 diriku... bangkit utk Islam!!!


Ya Allah...
kuatkan semangatku...
kuatkan keyakinanku padaMu..
pada janji2Mu...

jangan biarkan aku tergolong dalam kalangan mereka yang futur...
n bukan juga mereka yang mempunyai sifat munafiq...

tunjukkan aku yang benar itu benar, n permudahkanlah aku untuk melaksanakan n mendekati kebenaran itu...
n tunjukknlah yang batil itu, batil... n berikan aku kekuatan untuk menjauhinya...

Jangan biar aku sendiri...

Monday, October 26, 2009

Save your LIFE!!!



EATING FRUIT...

(p/s: It's long but very informative...)

We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths.. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.

What is the correct way of eating fruits?

IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS!
FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.

If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.
FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD.

Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into conta ct with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil....

So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining - every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet etc - actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!

Graying hair, balding, nervous ou tburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach.

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.

When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don' t eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.

But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!

KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.

]APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

ORANGE :
Sweetest med icine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.


WATERMELON:
Coolest thirst quencher.. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.


GUAVA & PAPAYA:
Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Pap aya is rich in carotene; this is good for your eyes.


Drinking Cold water after a meal = Cancer!

Can u believe this??
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE':
(THIS IS NOT A JOKE!)


Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack . Nausea and intense sweating are also common symptoms.. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive...

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.

Read this....It could save your life!!




alFaqirah ila dzati Rabbi,
HuSna alMujahidah.

Sunday, October 18, 2009

Kejutan Dalam Kehidupan



Hidup ini penuh dengan kejutan. Masalahnya kita tidak tahu apakah kejutan-kejutan yang bakal mengejutkan kita berupa dalam bentuk kebaikan atau keburukan. Umar Al Khattab, sebelum Islamnya, dikejutkan dengan pengislaman adiknya Fatimah.

Bagi seorang pembesar Quraish, sudah tentu beliau amat murka dengan kejutan tersebut kerana beliau ketika itu penentang seruan dakwah Rasulullah saw. Tindakan adiknya telah memalukan beliau dan mengejutkan egoisme beliau.

Namun, sekali lagi Umar Al Khattab dikejutkan lagi. Kali ini kejutan yang beliau hadapi luarbiasa, kerana telah mengubah prinsip hidup dan cara pandang beliau terhadap dakwah Rasulullah saw. Dengan hanya memerhatikan permulaan ayat-ayat Al Quran dari surah Thaaha, beliau dikejutkan dengan gelombang tsunami kebenaran wahyu dari Allah swt. Kejutan besar ini bukan sekadar berlaku kepada beliau, tetapi juga kepada seluruh kelompok Quraish yang menentang dakwah Rasulullah saw, terutamanya Abu Jahal. Dan para kelompok minoriti Islam dikejutkan juga dengan pengislaman Umar Al Khattab. Banyak sungguh kejutan dalam secebis kisah Umar Al Khattab.

Penulis tinggalkan satu kisah kepada para pembaca, kisah kejutan dalam hidup yang tidak kita sangka. Cumanya janganlah kita terkejut sebagaimana terkejutnya si tukang kayu dalam kisah di bawah.

Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.:astig:

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. :devilishgrin:

Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.:sweaty:

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."
:inis:
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.:ayokona:



>>>Moga kita ambil iktibar daripada cerita ini ye<<<

dipetik dari laman haluantarbawi.

Wednesday, October 14, 2009

BAKTI SISWA 09





SALAM MUHIBBAH~:inlove:

:hi:Dalam kesempitan waktu ini, ana cuba untuk mencuri sedikit ruang dan waktu untuk mengupdate blog yang serba kurang ini..:blush:.

Kali ni, ana teringin nak bercerita tentang Program BAKTI SISWA 09 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar USIM 08/09 pada hari Ahad (11/10/09) yang lalu...

Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan kali ini sungguh manis rasanya... alah macam Ustazah Nor Ba'yah nyer program tu,:woooh: "semanis kurma" huhu... Kami membawa misi yang utama iaitu MISI DAKWAH ... dalam hendak mengislahkan masyarakat serta mentarbiah diri dan adik2 yang masih mentah... Alhamdulillah, Program berjalan dengan lancar biarpun banyak tindakan2 yang dilakukan secara ad-hoc...

Program yang leh la jugak dinamakan program anak angkat ini mendapat kerjasama daripada penduduk Kg Batang Benar, Negeri Sembilan..

Kira2 30 buah keluarga telah mengambil bahagian dalam prog ini yang mana setiap satu keluarga mengambil kira-kira 2-4 orang anak angkat yang juga terdiri daripada kalangan Pelajar USIM, Nilai...

Program yang julung-julung kali diadakan ini memekan masa hanya satu hari satu malam.. Yang mana kami telah berkumpul pada waktu paginya dalam jam 8.30 pagi di Masjid Btg Benar. Kemudian kami mendengar sedikit taklimat sebelum dibahagi2kan kpd 30 kumpulan kecil untuk di'agihkan' kepada ibu2 n bapa2 angkat...

:inlove:MEMORI DI KG BATANG BENAR.... :inlove:



seronok tengok adik2 ni taw.. semangat waja... bagus2.. yang paling seronok time dorang jawab salam.. huhu~:devilishgrin:






:please: dorang yang kat atas ni skuad landskap... dok mengecat je..







:ha?: erm.. dorang kat atas nih membaca ke mengemas yek??












Penat ye dik? :yawn:




:okay: bagus2.. teruskan bakti antum semua...


main tiup tepung.. nilah hasilnya



:please: ksiannyer muka adik2 nih.. huhu~



:sweaty: mesti penatkan tiup belon nih... ?


:please: eceh.. semangatnyerlah akak2 ni yerk..



bapak lawan anak

agak2 siapa menang....???

mestilah bapak.... taknak jadik anak tanggang yer... huhu :woooh:

.

menanti permainan sambut belon air bermula...



jgn gadoh ye adik2.. semua duduk.. akak nak bahagikan kumpulan ni...

.



boling padang... best tapi kami kalah.. huhu..
.
:ahaha: lucunyer pakai kain batik...!



anak lawan mak pula... ? siapa menang...
mesti dah tahu jwapannya kan... kami tak mahu jadi anak tanggang... heheh.. (alasan orang yang kalah nih)
:devilishgrin:

...KELUARGA ANGKAT ku...




ayah, ummi, adeq, n anak buah angkat (haikal)

kak long merindui kalian semua~


Biar diganti dengan seribu mahupun JUTAAN ibu bapa angkat.. mereka takkan sama dengan mereka yang dua ini...:

~IBU BAPA KANDUNGku SAYANG~


Wednesday, October 7, 2009

AKHAWATku SAYANG...


Akhawatku Sayang,:hi:

Kelibat mataku memandang tajam
Lantas butiran airmata jatuh berguguran
Melihat nasib pendukung agama,
Yang lemas terus dibawa arus,
globalisasi dan “kemodenan”

Akhawatku Sayang,

Wajah yang dulunya bersih,
dicoret dengan warna-warni untaian dosa.
Bibir yang dulunya suci,
diwarnai pelbagai warna yang menggiurkan.
Hijabmu ibarat senjata yang ampuh,
turut disalahgunakan.


Akhawatku Sayang,
Tempat yang suci dijadikan medan pertandingan,
dengan pameran busana yang memukau,
gandingan fesyen dan warna yang garang,
takkan terlepas dari lirikan mata yang memandang.
Siapa yang lagi menarik?
Siapa yang lagi cantik?
Siapa yang lagi ramai peminat?
Luar sedar, niat mula berubah,
tanpamu mengizinkan.
:sigh:

Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.


Namun Akhawatku Sayang,:astig:

Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhuk,
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin tenat,
kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.

Akhawatku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci,
janganlah engkau kotorkan dengan palitan nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.
Akhawatku Sayang,
Sudah engkau menjadi amaran fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?

Akhawatku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.
Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.


"Wanita Solehah tidak akan berkata dia adalah SOLEHAH, cukuplah sekadar apabila orang melihatnya dan mengatakan betapa Agong dan INDAHnya ALLAH yang menciptakan dia sebagai WANITA"
-peringatan buat diriku~

(dipetik drp blog sahabatku, lina aimi: halaqahmardhatillah.wordpress.com)
:wave: -selamat beramal~

Tuesday, October 6, 2009

Wajah WANITA di LAYAR SIBER... Apa kata anda?


Assalamualaikum w.b.t :astig:

Tujuan posting ini hanyalah bertujuan memberi peringatan kpd semua muslimat.

Termasuklah diri ini..

Bila ana tengok2 blog2, friendster2, facebook,myspace dan macam2 lagi social networking yng dah wujud pd zmn skrang nih, kebanyakan muslimat meletakkan gambar mereka yang mmg menampakkan seluruh wajahnya....

Ana rasa terpanggil disini utk mengingati kalian semua, sebab ana sayang sangat kat anda semua walaupun ana tak kenal..sebab kita saling bersaudara.:inlove:

Jadi, ape yang ana nak cakap di sini adalah... Gantilah gambar sahibah semua dgn avatar atau kartun islamik... memanglah wajah kita bukan aurat, tapi cube sahabt2 semua fikirkan, kini IT semakin berkembang dengan sangat pesat, pelbagai perisian pengeditan gambar telah berkembang...ana takut gambar sahibah semua akan menjadi fitnah... ya Allah, hindarilah semua itu..

kat sini juga ana paste kan pendapat yang diberikan oleh seorang muslimin tentang gambar2 muslimat di alam maya, baca n fikirkanlah...dia juga memberi penerangan yg jelas kenapa gambar muslimat tidak boleh diletakkan di alam maya ini...dan jalan penyelesainnya. selamat membaca~:anongnangyari:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?:ha?:

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...:puppyeyes:

wallahua'lam...

------------------------------------------------------------------------------------
Semoga kita semua sentiasa dibawah lembayung pelindungan Allah..amin


~~~Berilah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang muk'min~~~ :wave:





p/s: bila habes baca artikel nih.. ana rasa segan utk menempelkan wajah2 ana di laman blog nih...

:blush:.. selamat beramal~

Sunday, October 4, 2009

Kembara MENYAMBUT BULAN SYAWAL......


Assalamualaikum... :hi:

Rasanya masih belum terlalu terlambat lagi untuk berbicara tentang kenangan sewaktu Raya kan? Setelah bersiar-siar di medan maya ni, aku perasan banyak blogger2 yang tak melepaskan peluang untuk bercerita tentang RAYA mereka... jadi naluri fitrah aku pun terasa ingin menceritakan juga pengalaman yang aku kira banyak mentarbiah aku untuk meneruskan perjuangan sebagai musafir di buminya... Harap tak jemu nak membaca ye... :inlove:



TIKET RAYA!!!

Kembaraku bermula sebaik sahaja bermulanya RAMADHAN KAREEM... Puasa ke-2.. Nak kata betapa excitednya aku nak balik kampung ni, sebaik sahaja dimaklumkan cuti raya start 18 hb, aku dan syirah terus sahaja membuat keputusan untuk membeli tiket pulang ke JOHOR di Terminal 1 Seremban...

Nak dijadikan cerita, masa nak beli tiket nih...uihh, bukan main ramai orang yang beratur kat PLUSLINER nih.. tapi kami cuba tabahkan hati... Allah nak TARBIAH diriku untuk menjadi orang yang penyabar barangkali... Bukan ke SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN..?

"Hati, bersabar ye..."

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga dapatkan 2 tiket pada 18 hb SEPTEMBER 2009, jam 6.35 ptg... Masa tu bukan main seronok rasanya... Sampai je di kolej kediaman, dengan perasaan riangnya aku beritahu kat kawan2 yang aku dah beli tiket.. :devilishgrin:

ye lah, mana tak seronok, aku berjaya beli tiket sebulan sebelum raya tu... (ish3.. jgn tiru aksi ni yer!)

(p/s: gambar tiket tak dapat disertakan sebab dah dikoyakkan dengan rakusnya oleh aku... maap yer)


Okey, habis cerita tentang tiket... pasni aku nak citer tentang perkara yang berlaku time pose pula...

...KHABAR DARI MAKMAL... :yawn:


:astig:Sape yang berada di bawah naungan FOOD BIOTECHNOLOGY mesti akan tahukan benda apa kat atas nih...? huhu.. pengalaman yg paling menyeronokkan...

Bagi aku, makmal merupakan madrasah TARBIAH yang cukup hebat dari ALLAH... memang seronok wat eksperimen nih... tutup bukak water bath.. main bahan kimia... tuang2.. timbang guna analytical balance... gadoh2 ngan partner lab.. masak2.. pecahkan alatan makmal.. upps.. ada ker? :ha?:...

fakta: aku pernah pecahkan rekod masa kat Matrikulasi dulu dgn memecahkan 7 biji tabung uji... naseb bek tak kena bayar denda... haha.
.:ahaha:urm, yg paling mencabar skali wat lab report last minutes.. smpai pernah sekali terpaksa ponteng kelas sbb kena siapkan 2 lab report...
(ish3... kpd adik2 jgn tiru aksi kakak ni yer... ):blush: untuk sem ni, kami dah takder lab lagi.. kena fokus utk kuliah pulak...

HAPPY BIRTHDAY ALANG!!!


:woooh:

Buat pertama kalinyer aku menyambut Birthday seorang sahabat dgn air tanganku.. huhu... (act bukan aku jer, kak janah n syu pun turut sama bertungkus-lumus menyiapkan juadah utk berbuka skaligus mnyambut birthday alang yang ke-20...

Paduan tenaga n air-air tangan kami akhirnya berjaya mencipta dua resepi baru bernama UDANG TUMIS SPMM & SAYUR TUMIS SPMM... heheh...:eheh:


ayam masak lema cili padi- chef syu

udang tumis spmm- kak janah, aku, syu



sayur mentah...

birthday girl tak kena masak lauk, tapi kami buli dia soh basuh pinggan mangkuk dan tanak nasi... hehe...:please:

kami betul2 tak sangka juadah yang terhasil begitu lazat rasanya... bayangkan.. dgn ketiadaan bawang merah... dan beberapa bahan mentah yang lain... kami berjaya juga menghasilkan juadah yang boleh di beri markah 10 bintang... (cehh.. lebih2 pula)

BALIK KAMPUNG!!!

:puppyeyes:

ok, la ni baru nak masuk citer tentang raya... di sinilah TRAGEDI KEMBARAku bermula......
citernye macam ni...
kan tadi aku dah bitau yang aku n syirah dah beli tiket ari jumaat kan? pastu kalian nak tahu tak apa... kelas aku dah start cuti hari khamis lagi... jadi aku rasa begitu tertekan... memandangkan kolej kediaman telahpun mulai kosong pada hari khamis tu..:ayokona:

tapi aku cuba sabarkan hati... aku nantikan hari jumaat dengan penuh setia...:astig:

Tapi nak katanya, Allah kata KUN FAYAKUN... Kita hanya merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang...

Petang tu, kami menghadapi kesukaran utk mendapatkan teksi.. mana tak nyer, kami bertolak selepas asar.. sedangkan bas akan bertolak pukul 6.30 ptg... sebenarnya kami nak lepaskan asar di rumah dahulu, khuatir terlambat sampai kat komuter n takut terlewat nk solat (alasan je nih)

Pastu, bila dah dapat teksi, teksi tu lari pula sbb kami buat hal... haha.. aku tak nak citer kat sini kenapa... biarlah ia menjadi rahsia kami....:sweaty:

Jam dah pun mnunjukkan pukul 5.30 petang sedangkan kami masih belum berjaya menghubungi mana2 prebet yang boleh menghantar kami... kebanyakannya dah pulang ke kampung halaman/ berada di luar kampus...

"Ya Allah.. tabahkan hati kami...":puppyeyes:

Alhamdulillah, tiba2 syirah dapat nombor prebet yang juga seorang plajar USIM yang berasal dari Johor juga... kami segera menghubunginya dan alhamdulillah dia masih berada di Nilai.. Memandangkan jam telah pun menunjukkan pukul 5.40 petang, kami terpaksa menyembunyikan perasaan malu untuk meminta bantuan beliau untuk hantar kami terus ke Seremban... Hatiku kuat mengatakan yang kami takkan sempat kalau naik komuter...

Tepat jam 6.30 pm, kereta yang dipandu beliau sampai di Terminal 1.. :sigh: Aku menarik lafaz lega dan mengucap syukur kerana sekurang2nya kami tiba 5 minit lebih awal sblum masa tiket... Kami segera berkejar ke platform 30.. n nak tahu tak apa yang kami nampak????

Platform kosong!!! :takot: takde bas pun kat situ.... Ya Allah.... Apalah nasib kami ni...

KAMI TERKANDAS DI SEREMBAN!!!:ayokona:

Dengan hari yang hampir maghribnya... adakah tiket kosong utk kami pulang ke Johor????

bersambung...


Monday, August 31, 2009

BROWNIES itu kek coklat kan..?




Perkembangan dunia hiburan masa kini amat meresahkan jiwaku… masyarakat kita kian di asak dan dijajah dengan rakusnya oleh hegemoni-hegemoni barat… Aku kian resah bila menatap akhbar2 tempatan, bahkan menonton cerita-cerita tempatan kita pun.. naik jelak dan terasa mahu muntah apabila di’hidangkan’ dengan cerita yang sudah hilang ke’timuran’nya..

Bangga sangatkah dapat meniru gaya hidup barat? Hebat sangatkah berpakaian tidak cukup benang yang dikatakan up-to-date 2?? Maaf andai ayatku macam kasar.. namun inilah hakikatnya.. tanpa kita sedari, kita telah menjadi boneka yang begitu mudah diperkotak-katikkan.. mengikut rentak dan arus 'globalisasi'..

Bicara soal hiburan, aku berminat untuk mengajak sahabat2 semua untuk bermuhasabah kembali.. Sedang kita leka menghadap cerita-cerita yang di'import' dari korea, Taiwan mahupun jepun.. kita sebenarnya telah terlupa satu perkara yang amat penting.. iaitu AMANAH yang Allah telah kurniakan kepada kita untuk dipelihara... iaitu MATA.. Rata2 muda-mudi kita masa kini sangat arif dan pakar tentang selok-belok cerita, bahkan nama-nama pelakonnya juga pasti ramai yang telah berjaya khatam menghafaznya… Hari ini, aku bukanlah mahu memprovok kalian yang gemar menonton drama mahupun movie.. tapi aku ingin mengajak kalian semua untuk berfikir dan menghayati kisah yang aku titipkan ni… apa kaitan brownies dengan cerita ni? Hurm, bacalah…


::BROWNIES::



Pada suatu hari, dua orang remaja telah meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”



Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”



Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”

-RENUNG2KAN (^_~)-

FUTUR?


TERTEKAN..! TENSION..!
STRESS..! MALAS..! PENAT..!

Antum pernah mengalami+melafaz kalimah2 di atas??

HATI-HATI!!!!
Kebarangkalian untuk antum terjebak dengan penyakit yang dinamakan FUTUR ini SANGAT BESAR...!!

Bahaya ke?

Ya, Sangat BERBAHAYA!
Jalan keluarnya...
Muhasabah diri, Betulkan niat, dekatkan diri pada ALQURAN, ulama' n sahabat-sahabat yang soleh dan banyakkan berzikir, menangis dan mengingati MATI...
Cepat, sebelum terlambat....!

نيلاي سبواه ايكاتن




"Kadang-kadang kita tak sedar,
sahabat yang kita tak peduli, sayang pada kita..
Kadang-kadang kita tak pernah sedar,
kita bukannya sempurna untuk mendapatkan sahabat yang sempurna dalam hidup kita..
Dan kita bukan siapa-siapa untuk buat sahabat sayang kita macam kita sayang pada mereka...
kerana kita tiada kuasa..
kerana kita insan biasa...
dan kerana hati dan jiwa kita bukan milik kita..."



p/s: Maaf buat sahabat-sahabat semua... maaf kerana terkadang diri ini terlalu zalim kerana sering meminta untuk difahami sedangkan diri ini pula jarang sekali cuba untuk memahami kalian... Maaf seribu kali maaf...

Friday, August 21, 2009

Bingkisan Menjelang Ramadhan...


Wahai diri, jangan jadi daie yang malang...
Yang hanya tahu berdakwah tapi tidak melaksanakan..

Wahai diri, jangan jadi abid yang tertipu,
terasa banyak sudah amalan tapi tidak sedar pahala itukuasa Tuhan..

Wahai diri, jangan jadi alim yang tertipu,
disangka ilmu telah banyak tetapi tiada yang terkesan dijiwa.

Wahai diri jangan jadi mujahid yang tertipu..
disangka perjuangannya itu adalah benar, sedangkan umatnya masih tergelak-gelak..


Ramadhan Kareem...:puppyeyes:

Alhamdulillah... sehingga detik ini, diri ini masih lagi mampu menghirup udara segar di Johor, jari-jari ini pula masih mampu untuk digerakkan.. dua biji mata ini juga masih berupaya untuk melihat warna-warni kehidupan sertamenatap skrin lap top ini... Ya Allah, moga masih ada hari esok untukku... insyaALLAH.. Ameen..

Sedar tak sedar, hari esok kita semua bakal menyambut Ramadhan Kareem... Alhamdulillah... Mudah2an kita diberi peluang dan ruang untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna... Ameen...

Pagi tadi, ana menerima mesej daripada seorang kakak.. (kak afiqah a.k.a kak ngah).. Mesej yang ringkas dan padat tersebut benar2 menyentuh kalbu ini.. Mengundang suatu perasaan yang pelbagai.. Agak sukar untuk ditranslate dengan kata-kata..

Sebelum tu, ana nak minta maaf sangat2 kepada semua yang rajin menziarahi blog ana sebelum ni, ramai yang tertanya2 kenapa blog takleh nak bukak.. ada yang siap mesej risau tengok blog ditutup.. maaf ye..! (terutamanya: kak ain, lina dan yang lain)... Maaf kerana lama menyepi n untuk makluman, blog lama tersebut telah dikuarantin.. Tiada alasan yang kuat kenapa. namun harap sangat antum dapat terima yang ini seadanya..
p/s: ana suka sangat warna pink n warna pelangi.. huhu.. :woooh:

KINI...

Ana bersyukur kerana 2 program besar yang benar2 mencabar kredibiliti ana telah pun berjaya dilaksanakan.. Alhamdulillah.. syukur pada yang Esa yang telah mempermudahkan urusan kami...

SELEPAS INI...:astig:

Perjuanganku dan perjalananku masih belum berakhir...

:puppyeyes:

p/s: kadang2 aku malu menggelar diriku mujahidah... kerana ku tak layak untuk mendapat gelaran itu...


Thursday, August 20, 2009

ISLAM LIBERAL: CABARAN MASA KINI..


Oleh Dr Zulkifli Mohamad AlBakri



Definisi Islam

Pengertian Islam dari segi syara’ pula ialah perlaksanaan serta kepatuhan kepada segala ajaran agama yang mudah diketahui, yang dibawa oleh Rasulullah SAW atau terdapat dalil yakin yang mentafsirkan pengertian Islam sebagaimana hadith Jibril, Jibril berkata: “Wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Islam. Jawab Baginda:
الإسلام أن تشهد أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ، وتقيم الصلاة ، وتؤتي الزكاة ، وتصوم رمضان ، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا. وفي حديث إبن عمر : بني الإسلام على خمس

Maksudnya: “Islam ialah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat haji ke Baitullah sekiranya kamu mampu.”

Sementara Hadith Ibn ‘Umar pula menyebut bahawa Islam itu dibina atas lima perkara iaitu:

i. Mengucap dua kalimah syahadah.
ii. Mendirikan solat.
iii. Menunaikan zakat.
iv. Berpuasa di bulan Ramadhan dan
v. Melakukan ibadat haji.

Jelas di sini menunjukkan bahawa Islam menunjukkan amalan yang zahir sedangkan Iman pula merupakan keyakinan dan iktikad yang jazim dengan segala rukunnya di samping hendaklah diamalkannya. Hal ini berdasarkan kepada takrif yang dikemukakan oleh para ulama’ berkenaan dengan Iman yang mensyaratkan dengan tiga perkara:

i. Iqrar dengan lisan.
ii. Tasdiq dengan hati dan
iii. Beramal dengan rukun atau anggota.

Ini menunjukkan bahawa rangkuman ketiga-tiga di atas sebagai keimanan yang sempurna di mana satu juzuk daripadanya iaitu yang ketiga yang mewakili amalan merupakan sebagai Islam. Justeru, dapat difahami bahawa hubungan antara Iman dengan Islam berdasarkan kepada kenyataan di atas adalah hubungan antara juz’i dan kulli.

Definisi Aqidah

Aqidah merupakan paksi agama. Dengannya manusia selamat dari sebarang kegelinciran, syirik dan khurafat. Aqidahlah yang menjadikan seseorang itu benar-benar bahagia hidup di dunia dan di akhirat.

Di dalam Kitab العقيدة أولا لو كانوا يعلمون, Dr. Abd al-Aziz al-Qari, 9-10 berkata: Aqidah atau iktikad menurut bahasa diambil daripada kata akar ( (عقد ertinya menyimpul atau mengikat. Oleh itu, orang Arab berkata: (عقد الحبل) ertinya: Dia mengikat atau menyimpul tali. (عقد العهد) ertinya: Dia bersungguh-sungguh pada janjinya. (عقد اليمين) ertinya: Dia berpegang teguh dan setia pada sumpahnya.

Dr. Mustafa Khin dalam al-Aqidah al-Islamiyah berkata : “Daripada itu pengertian tersebut digunakan sebagai anutan seseorang terhadap pemikiran dan pendapat yang diimaninya dan meresap ke dalam hati sanubari yang akhirnya membentuk tindak tanduk dan tingkah lakunya. Justeru itu, ada pendapat yang mentakrifkan manusia sebagai makhluk yang boleh dipimpin dari dalam dirinya sendiri iaitu segala kepercayaan dan sesuatu yang diimaninya.”

Menurut kamus al-Misbah al-Munir, perkataan aku beriktikad demikian bermaksud aku menambat hati sanubari kepadanya dan perkataan aqidah bermaksud sesuatu fahaman yang dianuti seseorang sehingga dia mempunyai pegangan yang baik dan tidak diragui.

Daripada pengertian tersebut, dapat difahami bahawa tidak semestinya aqidah itu sahih barulah dinamakan aqidah. Hal ini kerana ada kalanya aqidah itu betul dan ia dinamakan aqidah yang sahih dan ada kalanya salah dan ia dinamakan aqidah yang cacat.

Menurut kitab Syarh Jam’u al-Jawami’, iktikad ialah sesuatu hukum yang kukuh yang boleh berubah, sama ada ia selari dengan keadaan sebenar ataupun tidak. Jika selari ia dinamakan iktikad sahih. Jka tidak ia dinamakan iktikad yang cacat.

Para ulama’ Islam menggunakan perkatan aqidah ini sebagai ilmu yang lazimnya bermaksud ilmu yang membahaskan perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh seseorang dengan dalil yang sahih dan meyakinkan. Aqidah juga dinisbahkan kepada prinsip-prinsip agama itu sendiri yang thabit dengan dalil yang kukuh.

Jadi aqidah atau iktikad menurut bahasa dapatlah diertikan dengan simpulan atau ikatan atau bersungguh-sungguh dan berpegang teguh. Atas dasar inilah maka timbullah istilah akad nikah, akad jual beli dan sebagainya. Adapun aqidah atau iktikad menurut istilah agama atau syara’.

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: Aqidah ialah perkara-perkara yang wajib dipercayai oleh hati anda, diterima dengan tenang oleh diri anda dan diyakini oleh anda tanpa diselubungi oleh sebarang keraguan dan syak.

Definisi Liberal

Menurut Kamus Dewan edisi keempat hal. 935, liberal bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misi menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan) berfahaman bebas.

Liberalisme pula bermaksud fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi.

Konsep liberal sebenarnya muncul semasa meletusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Perjuangan kaum pekerja menerusi slogan kebebasan (liberte), kesamaan (egalite) dan persaudaraan (fratenite) telah menjadi prinsip bagi penyingkiran kekuasaan. Menurut H.Gruber, prinsip liberalisme yang paling asas ialah “Contrary to the natural, and inalienable right and liberty and dignity of man, to subject himself to an authority, the root,rule,measure, and sanction of which is not in himself.”

Falsafah liberalisme kemudiannya dikembangkan oleh beberapa pemikir, antaranya John Locke, Hume, Rousseau, Diderot, Lessing dan Immanuel Kant. Sebelumnya fahaman ini menjadi bahan motivasi penting kepada falsafah eksistensialisme atau nihilisme yang dikembangkan oleh Nietzche. Istilah liberalisme adalah berasal dari bahasa Latin, iaitu liber. Istilah ini membawa makna bebas atau merdeka.

Pada penghujung abad ke-18, iaitu sejak permulaan Revolusi Perancis, istilah ini mempunyai kaitan dengan konsep manusia merdeka. Konsep merdeka ini dilihat dalam konteks kebebasan, sama ada kebebasan yang diperoleh sejak lahir ataupun setelah dibebaskan daripada belenggu kekuasaan atau perhambaan.

Definisi Islam Liberal

Dalam laman Web JIL (Jaringan Islam Liberal) mereka menafsirkan diri mereka sendiri dengan berkata :

Nama Islam Liberal menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. Liberal di sini membawa dua maksud, iaitu kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa Islam selalu ditempel dengan kata sifat, sebab pada hakikatnya, Islam ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keinginan penafsirannya. Kami memilih satu jenis tafsiran dan dengan demikian satu kata sifat diberikan terhadap Islam, iaitu Liberal.

Daripada gabungan perkataan di atas, kita dapat merasakan seolah-olah aliran Islam Liberal ingin menyandarkan diri kepada Islam. Namun, dalam masa yang sama, tidak mahu terikat dengan prinsip-prinsip Islam atau ingin bebas daripada kekangan aqidah, ibadah, muamalat dan akhlak Islam.

Objektif Islam Liberal


Antara matlamat Islam Liberal ialah kesamaan mengikut fahaman akalan masing-masing. Pertubuhan Islam Liberal ini ditubuhkan dengan tujuan melawan kebangkitan agama seperti ekstremisme dan fundamentalisme yang membimbangkan mereka. Maksudnya, gerakan ini cuba menjawab isu-isu yang selalu dibangkitkan oleh kelompok Islam Militan yag menggunakan istilah jihad, menerapkan syariah secara menyeluruh, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Objektif utama JIL boleh dirumuskan kepada empat perkara berikut:

1. Mengukuhkan kedudukan demokrasi melalui fahaman pluralisme, inklusivisme dan humanisme.
2. Membangunkan agama atas dasar menghormati perbezaan agama.
3. Menyebarkan dan memperkenalkan agama dengan lebih terbuka dan berperikemanusiaan.
4. Menghalang orang awam terpengaruh dengan pandangan-pandangan agama yang lebih kepada kekerasan.

Dengan kata lain, pergerakan ini lebih berunsurkan Islam. Islam perlu diberi tafsiran baru dan terbuka selaras dengan perkembangan zaman dan kemodenan. Umat Islam mestilah memberi respon yang positif kepada pergerakan ini ke arah yang lebih mantap dan profesional. Oleh itu, mereka perlu lebih bertolak ansur dan mengadakan perbahasan dan perbincangan meluas dengan pelbagai pihak. Ini kerana, manusia diberikan akal dan pemikiran yang terbatas dalam sesuatu perkara. Mustahil umat Islam mampu memenuhi apa yang sepatutnya dilakukan selaras dengan pluralis agama dan netralitas negara mudah diterima oleh masyarakat.

Isu yang dibangkitkan oleh Islam Liberal

Dalam kertas kerja Islam Liberal menurut al-Quran dan al-Sunnah oleh Prof Madya Dr. Fauzi Deraman dan Prof. Madya Mohd Kamil bin Abdul Majid, menyebut isu ynag diutarakan berkaitan teologi dan ibadah. Antaranya feqah tradisi, menghina Allah SWT dan Rasulullah SAW, Pluralisme agama (kepelbagaian agama), syariat dan sumber-sumbernya. Antara kenyataan mereka ialah :

1. Korban pertama daripada penerapan syariat ialah wanita.
2. Islam Liberal boleh membentuk negara sekular sebab negara sekular boleh membawa kebaikan dan menghalang kemaksiatan dalam satu masa.
3. Mushaf Uthmani adalah tulisan kaum Quraisy terhadap al-Quran dengan mengabaikan sumer-sumber mushaf yang lain.
4. Proses itu (pembukuan Mushaf Uthmani) masih meninggalkan sejumlah masalah, sama ada dalam penulisan teks mahupun pemilihan bacaan yang kita warisi dewasa ini.
5. Larangan berkahwin kerana perbezaan agama antara wanita dan lelaki bukan Islam adalah tidak relevan.
6. Tafsir-tafsir al-Quran yang terdahulu tidak lagi memberi makna dan fungsi yang jelas dalam kehidupan umat.

Kenyataan tanpa asas dan hujah yang kukuh ini memberi tanggapan serong terhadap Islam. Sedangkan hukum Islam datang daripada Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.

Hukum Islam Liberal

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) hari ini menggesa Majlis Agama Islam negeri-negeri supaya menguatkuasakan fatwa untuk menangani fahaman Islam Liberal.

Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaaan dalam persidangannya kali ke-74 pada 25 hingga 27 Julai 2006.

Yang Dipertuanya, Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, fatwa tersebut hendaklah dikuatkuasakan supaya fahaman Islam Liberal tidak menjejaskan perpaduan ummah yang telah lama terbina di Malaysia.

Di Negara jiran, katanya seperti Indonesia, fahaman tersebut telah difatwakan sebagai haram kerana ia menyeleweng dari asas Islam dan landasan syariat yang sahih. “Jika ia tidak ditangani, kita khuatir masa depan umat Islam di negara ini akan terumbang-ambing, terkeliru dalam perjalanan hidup mereka, lantaran serangan pemikiran liberal yang mencengkam”, kata Syeikh Abdul Halim dalam teks ucaptamanya di seminar pemikiran Islam peringkat kebangsaan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi.

Di sini dinyatakan keputusan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia yang dikeluarkan pada 25-27 Julai 2006 dalam Muzakarah Kali ke-74:

i. Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek aqidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Aqidah

• Berpegang kepada konsep pluralisme


Konsep pluralism adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralism agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti yang Agung.

• Akal manusia adalah wahyu

Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

• Meragui ketulinan al-Quran

Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya, Nabi Muhammad SAW yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidaka ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.

Aspek Syariah

• Mempersoalkan methodoligi pentafsiran al-Quran dan al-Hadith

Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “Membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”. Aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan ahli Sunnah wa al-Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari Akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

• Menggesa tafsiran baru konsep ibadat

Aliran pemikiran ini juga membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

• Mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian

Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat nubuwwah yang dimiliki Rasulullah SAW, dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seseorang manusia ke atas manusai lain (leadership value). Justeru, sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yag baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut Baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi dalam realiti.

• Sikap terhadap ilmu-ilmu Islam

Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-Fiqh, Usul al-hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hokum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan islam melalui tafsiran semula ajaran Islam

• Sikap terhdap hukum

Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

ii. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.


Penutup

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata:

Pegangan aqidah manusia berbeza-beza bergantung kepada sejauh mana sesuatu dalil difahami dengan jelas dan bertapak kukuh dalam diri mereka.

Syed Ali Tantawi berkata:

Majoriti kaum Muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka dengan kewajipan agama ini, mereka berada dibelakang umat-umat yang lain,mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam (menghina Islam). Sehingga Jamaluddin al-Afghani atau Muhammad Abduh menyebut perkataan yang hebat, iaitu Islam terlindung oleh penganutnya.


PERGAULAN DALAM ISLAM


..Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat..



1. Pengertian pergaulan.


Gaul atau campur dalam Bahasa Arab disebut “khalato” ( خلط ) . Bercampur atau bergaul disebut

( اختلاط ) yakni, apabila sesuatu itu bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan perempuan bermaksud apabila lelaki dan perempuan, mahram atau ajnabi, bercampur atau bergaul dalam satu tempat, bilik, ruang atau dewan yang pada kebiasaannya mereka akan bertemu muka, berhadapan, berinteraksi, bercakap, bertegur sapa antara satu sama lain. Namun demikian perbincangan di sini akan memfokuskan kepada pergaulan antara lelaki ajnabi dengan perempuan.

Perkataan ajnabi bermaksud lelaki yang halal berkahwin dengan seseorang perempuan, sama ada halal sekarang atau akan halal pada masa akan datang.


2. Hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi .


Apakah hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita diharuskan atau ditegah ?. Untuk menjawab soalan ini kita perlu menjawab satu soalan lain. Soalan itu ialah: Apakah pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi sama sahaja dengan pergaulan lelaki dengan lelaki lain. Jawabnya tentu tidak, kerana amat jauh bezanya pergaulan lelaki sesama lelaki dengan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Oleh kerana ia tidak sama maka hukumnya juga tidak sama. Dan oleh kerana hukum asal pergaulan antara lelaki dengan lelaki adalah diharuskan maka hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan adalah tidak diharuskan. Yakni ditegah.

Tiada dalil syarak yang sahih menunjukkan hukum pergaulan lelaki dan perempuan ditegah. Tegahan hanya dapat dirumuskan berdasarkan dalil-dalil syarak dalam kes-kes lain. Kes-kes itu ialah:


2.1.Wanita ditegah musafir tanpa mahram dan tegahan khalwat.


Rasulullah (s) bersabda: لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها ذو محرم

Baginda bersabda lagi: لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم

Kedua dua hadis ini menegah wanita musafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa mahram. Hukum ini telah disepakati oleh para fukaha. Tidak ada perbezaan antara khulwat semasa solat dan di luar solat. Selain daripada itu para fukaha juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan ini atas alasan darurat atau hajah. Pengecualian ini menunjukkan bahawa hukum asalnya ialah ditegah. Kalau ia tidak ditegah apa perlunya ia dikecualikan semasa darurat dan hajah.


Kesimpulannya, nas syarak ini membuktikan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita adalah ditegah.


3. Bergaul dalam keadaan tertentu.


Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat, hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.


3.1.Boleh bergaul kerana darurat.


Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah (bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.


3.2.Boleh bergaul kerana hajah.


a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.


b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul dengan lelaki.


c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:


فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء


“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi yang kamu reda”.


d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’ sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.


e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.


f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya “kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu “lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan. Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu mereka makan.


g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.


h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah. Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak. Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.


i) Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada dalam majlis tersebut.


4. Pergaulan ajnabi masa kini.


Di antara pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi yang berlaku masa kini ialah pergaulan semasa ziarah

menziarahi keluarga, kawan dan sahabat handai. Pergaulan juga berlaku dalam majlis-majlis rasmi atau tak rasmi; mesyuarat, kenduri kendara, sambutan hari tertentu dan lainnya. Dalam ziarah dan majlis seperti ini biasanya akan berlaku pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi dalam satu bilik, ruang, makan bersama dalam satu hidangan, atau mesyuarat di satu meja. Sudah pasti berlaku interaksi, perbualan dan sebagainya.


Pergaulan seperti ini adalah diharuskan dengan syarat semua pihak yang hadir mestilah berpegang teguh dengan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pakaian, percakapan dan pandang memandang antara lelaki dan wanita. Mereka yang hadir mestilah menutup aurat dengan sempurna. Wanita tidak boleh menampakkan tubuhnya walau sedikit pun kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang mereka pakai juga mestilah tidak nipis, tidak ketat sehingga menjelaskan susuk tubuh mereka. Tidak bertabarruj. Percakapan mereka juga mestilah berlaku seperti biasa, tidak dimanja-manja dan dilunak-lunakkan. Pandang memandang mestilah tidak ada unsur nafsu dan syahwat, berperaturan, tidak berlaku khalwat, tidak bercampur aduk melampau yang tiada batas. Jika hukum, peraturan, adab dan tata susila ini tidak dapat dipatuhi pergaulan itu adalah ditegah.


5. Pergaulan di dalam konteks berorganisasi/jemaah/program-program


Pergaulan di dalam konteks berjemaah juga mempunyai asas dan dasar hukum yang sama, bahkan dasar dan hukum ini adalah terpakai untuk semua bentuk pergaulan yang bermatlamatkan kebaikan dan kemashlahatan ummah. Ini bermakna pergaulan di dalam konteks berjemaah ataupun berprogram masih lagi tertakluk kepada tiga keperluan sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum daripada ini. Tiga keperluan tersebut adalah :


a) darurah

b) hajiah syar’iyyah

c) maslahah syar’iyyah / adat setempat yang diterima oleh hukum syara’.


Syarat-syarat pergaulan ini tetap tertakluk kepada beberapa syarat yang telah digariskan. Antaranya ialah:


i) Aman daripada fitnah

ii) Tidak berdua-duaan

iii) Sempurna menutup aurat bagi perempuan mahupun lelaki

iv) Tidak melunakkan suara bagi perempuan

v) Berhubung pada sekadar keperluan sahaja

vi) Pandangan yang tidak menaikan syahwat atau ghairah

vii) Tidak bercampur dalam konteks yang melampaui batas


Oleh yang demikian, tiada alasan yang boleh menghalalkan percampuran/atau pergaulan bagi perempuan dan lelaki yang ajnabiyy walaupun bersama-sama di dalam bekerja ke arah kebaikan islam. Bahkan, bagi seorang da’ie atau muslimat mahupun muslimin jemaah, menundukkan pandangan, aurat dan pergaulan perlu dijaga dengan lebih ketat lagi kerana mereka adalah pembawa risalah dan da’wah islam. Tidak halal bagi sesiapa sahaja untuk mengharuskan pergaulan tanpa memenuhi kehendak dan batasan-batasan hukum syara’ sebagaimana yang telah digariskan. Program-program jemaah seharusnya diatur dengan mengelakkan percampuran yang melampau daripada lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah serta memberi ruang kepada syaitan untuk berbuat fitnah dan kerosakan.


Ini bukanlah bermakna pandangan seumpama ini merupakan pandangan yang ortodoks atau jumud, tetapi Islam menganjurkan konsep “mencegah lebih baik daripada merawat”. Kita mengakui bahwa pada zaman kontemporari ini, percampuran dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah menjadi satu keprluan, lebih-lebih lagi di dalam konteks jemaah kampus pada hari ini. Cuma sebagaimana yang telah ditekankan bahawa percampuran dan pergaulan itu perlulah selari dengan apa yang telah digariskan oleh hukum syara’ supaya ianya tidak menjadi fitnah yang lebih besar kepada islam dan jemaah Islam itu sendiri. Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. Ungkapan “sepinggan pahala berulam dosa” seharusnya diteliti, difahami maksudnya oleh para penggerak perjuangan islam supaya perjuangan ini tetap berada pada landasan yang suci dan benar.


KESIMPULAN


Islam bukanlah satu agama yang jumud. Islam mengatur kehidupan umatnya untuk menghasilkan kebaikan dan mashlahah keseluruhan di dalam kehidupan manusia. Sistem sosial masyarakat islam jika baik aturannya mengikut acuan al-Quran dan As-Sunnah pasti mengundang keberkatan dan dilimpahkan sepenuh kebaikan daripada Allah. Islam memahami keperluan naluri dan fitrah manusiawi kerana islam itu datangnya daripada Allah yang merupakan pencipta kepada manusia.Bagi penggerak kepada harakah islamiyyah, haruslah difahami bahawa setiap fitrah itu berlu hadir dan dikawal dengan hidayah, kerana tanpa hidayah, fitrah tersebut akan menjadi fitnah!


Rujukan :

1. Artikel Ust Alias Othman-Pergaulan Silang Jantina dalam masyarakt masa Kini

2. Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi – Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid II

3. Fiqh Malaysia-Akademi Pengajian Islam, UM


Wednesday, August 19, 2009

Darihal Puasa, Iman dan Taqwa


Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Beriman atau bertaqwa?

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.


sumber:

www.iluvislam.com
karangan asal oleh: Arifin Mahmud
Editor: deynarashid
 

...Kembara... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino